Jambatan Pulau Pinang
Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalahsepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.
Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia
Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalahsepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.
Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.
Spesifikasi jambatan
- Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
- Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
- Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
- Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
- Laluan: 4 Laluan (6 laluan masa hadapan)
- Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
- Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
- Gantungan utama: 225 Meter
- Gantungan hujung: 107.5 Meter
Galeri
Lihat juga
- Jambatan Kedua Pulau Pinang
- Pulau Pinang
- Lebuhraya Utara-Selatan
- Lebuhraya Jelutong
- Touch 'n Go
- Smart TAG
- Sistem Lebuh Raya Malaysia
- Laluan negeri
- Laluan persekutuan
Rujukan
- ↑ "bridge details". Penang Bridge Sdn Bhd. http://www.penangbridge.com.my/bridgedetails.php. Retrieved 2007-12-21.
Pautan luar- PLUS Expressway Berhad
- Penang Bridge Sdn Bhd
- Lembaga Lebuhraya Malaysia
- Imej satelit Jambatan Pulau Pinang di Google Maps
- Blog Jambatan Pulau Pinang - diselia oleh Penang Bridge Sdn Bhd, operator jambatan
- Jambatan Pulau Pinang - Mercu tanda Pulau Pinang
- Penang Brid in the Structurae database